KUALA LUMPUR: Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, hari ini.
Ketibaan beliau dan isteri Elke Budenbender pada 10 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Upacara sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Jerman dan Malaysia oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi disusuli dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.
Presiden Jerman kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama RAMD yang diketuai Mejar Adibadiuezshah Ahmad.
Semalam, Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan lawatan Steinmeier itu akan memberikan peluang terbaik kepada Malaysia dan Jerman untuk mengukuhkan lagi hubungan baik serta kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Lawatan negara terakhir melibatkan presiden Jerman ke Malaysia ialah 26 tahun lepas iaitu pada April 1997.
Jerman merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).
Pada 2022, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman berjumlah RM59.87 bilion, meningkat sebanyak 10.9 peratus berbanding RM53.99 bilion (US$13.03 bilion) pada 2021. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023
Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier dan isteri Elke Bdenbender melintasi kawalan kehormatan setempat dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA pada Khamis. - Gambar BERNAMA
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Presiden Jerman bertemu PM Anwar di Putrajaya
Steinmeier disambut oleh Anwar sejurus tiba di Perdana Putra pada kira-kira pukul 5.15 petang.
Presiden Jerman diberi sambutan negara di Dataran Parlimen
Ketibaan Frank-Walter Steinmeier dan isteri di Parlimen disambut Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Presiden Jerman tiba untuk lawatan negara tiga hari ke Malaysia
Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia sehingga Sabtu ini.
Presiden Jerman adakan Lawatan Negara ke Malaysia bermula hari ini
Ia sebagai sebahagian usaha berterusan mengukuhkan hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Jerman.
Presiden Jerman terkejut dengan insiden tembakan di Munich
Presiden Jerman Joachim Gauck berkata beliau terkejut dengan insiden tembakan di Munich yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 individu maut.